BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 26 March 2011

bisu dan gengster

Bisu dan gangster
Aidil mendongak ke langit. Menikmati udara segar tanpa di pagari geriji-geriji Penjara Kulim. Pak Samad terus memerhati jejaka itu dari belakang.
“Kau nak pergi mana lepas ni Dil?” akhirnya warden itu bersuara.
Aidil diam sejenak. Wajahnya berubah. Senyuman kembali dilemparkannya .
“Balik kampung, Pak Samad. Dah lama rumah tu saya tinggalkan,” kata Aidil sambil memalingkan mukanya ke belakang.
Kini Pak Samad pula membisu. Riak wajahnya berubah-rubah. Dia melihat ke kiri dan kanan, dan apabila melihat tiada orang di perkarangan penjara itu, dia terus meluru ke arah Aidil. 2 not RM50 dikeluarkan dari dompet coklatnya.
“Nah ,amik duit ni, aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi. Pergi.” Pak Samad memandang tepat ke mata Aidil, penuh pengertian dan harapan.
Aidil berasa berat untuk menerima pemberian itu. Pak Samad terus menekapkan duit itu ke tapak tangannya. Dia mengangguk perlahan. Aidil merenung wajah lelaki tua itu. Kedut tua mula menghiasi kelopak mata warden yang tinggal setahun sahaja untuk menamatkan tugas itu. Aidil terus memeluk Pak Samad. “Terima kasih, sebab tunjukkan dunia yang lebih luas buat diri saya,” airmatanya mula mengalir. Pak Samad mengusap lembut belakang kepala Aidil. “Pergi sana dan jadi orang berguna,” Pak Samad terus beransur masuk. Betapa didalam hatinya bersyukur kerana berjaya memulihkan seorang lagi banduan.
****************************************************
Kereta Api Tanah Malayu meluncur laju di atas landasan. Gertakannya sesekali membuatkan beberapa penumpang terbangun dari lena. Tetapi Aidil lebih selesa menikmati pemandangan yang terhidang di sepanjang laluan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
10 tahun lalu.
Cikgu Aisyah kelihatan sibuk menulis di papan hitam. Silmultaneous equation. Itulah topic kelas 4Hijau untuk kelas matematik tambahan hari ini. “Ok pelajar, hari ini kita akan belajar tajuk silmultaneous equation ,sila buka buku teks anda muka surat 20,” Cikgu Aisyah memulakan sesi pengajarannya pada pagi itu.
Aidil lebih seronok menumpukan perhatian pada kehijauan di taman bunga kecil yang terletak di hadapan kelas 4Hijau itu. Cikgu Aisyah beberapa kali menjelingnya dan sedar akan ketidaktumpuan perhatian pelajar yang duduk berseorangan di belakang kelas itu. “Aidil, boleh awak tolong selesaikan soalan ini?” Cikgu Aisyah bersuara dengan kuat menyebabkan Aidil terus tersedar dari lamunannya. Dia terus bangun. Soalan di papan hitam itu direnung. Akhirnya Aidil mengalah. “Erk, saya tak tahulah cikgu,” jawab Aidil dengan menggarukan belakang kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan di celah-celah 39 orang pelajar kelas 4Hijau. Semua mata menumpu ke arahnya. “Ayu, kamu nak jawab soalan ni?” Tanya Cikgu Aisyah. Ayu menganggukkan kepalanya. Dia terus ke depan. Beberapa formula dikeluarkan dan akhirnya menemui jawapannya. Semua pelajar kagum termasuk Cikgu Aisyah. “Aidil, lepas ni berikan perhatian kamu ,” Cikgu Aisyah memberikan amaran. Aidil memandang gadis genit itu.
*****************************************************
Roda kedua-dua basikal itu berpusing ligat. “Nak balik terus ke nak singgah warung Mak Nab dulu?” Tanya Khairil. Ayu menggerakkan sebelah tangannya dan membentuk bahasa isyarat.
(Singgah warung mak dulu)
Khairil mengangguk faham. Dia memandang Ayu. Mereka rapat sejak kecil lagi. Khairil lah yang menjadi ‘translater’ jika mereka pergi kemana-mana. Tiba-tiba Azman, Akoi dan Man memintas mereka berdua. Ayu mula ketakutan. Siapa tak kenal dengan gengster Kampung Teluk Kenanga itu. Azman ,anak ketua kampung merupakan ketua mereka. Ayu bingkas turun dari basikal dan berlindung di belakang Khairil. “Puas berdating?” Azman memulakan provokasi di sambut dengan hilai ketawa Akoi dan Man. Dia mula merapati Ayu . “Apa kau nak hah?” Khairil merenung tajam. “Tak ada apa. Cuma kau cakap dengan girlfriend bisu kau ni, suruh ayah dia jangan degil sangat, orang nak beli, amik je lar,” balas Azman. Ayah Azman sudah beberapa kali menawarkan untuk membeli tanah Pak Ajis yang sekangkang kera itu tapi sering ditolak. Tangannya menarik-narik hujung rambut Ayu. Khairil menggengam penumbuknya. Azman merapatkan kepalanya ke telinga Ayu. “Bisu,” dibisikkannya ke telinga Ayu. Khairil terus melepaskan penumbuk ke muka Azman. Akoi tergamam dengan situasi itu. Khairil terus menumbuk Azman berkali-kali. Akoi menendang dari belakang menyebabkan Khairil tersungkur. Man mengambil kesempatan menendang perut Khairil . Dengan air mata yang mula mengalir, Ayu berlari pergi ke Khairil. Tangannya memukul –mukul kaki Khairil. Meminta sedikit belas kasihan. Papp..Satu hentakan dari belakang menyebabkan Man rebah ke bumi. Kayu yang di pegang Aidil patah akibat pukulan itu. Akoi tercengang melihat Man pengsan. Dia membuka langkah. Ayu memangku Khairil yang sedikit berdarah. Dia berharap pertarungan antara Aidil dan Akoi akan berakhir. Satu tumbukan ditujukan kearah muka Aidil, tetapi dia sempat mengelak. Aidil membalas tumbukan ke perut Akoi. Satu tumbukan lagi di lepaskan tepat kearah muka Akoi. Giliran Akoi tersungkur. Azman yang melihat keadaan itu pantas menghidupkan enjin moto Honda Cupnya dan melarikan diri. Aidil segera melihat keadaan Khairil. Ayu terusan menangis, mengharapkan Aidil membantu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ (Masa sekarang)
Aidil menahan sebuah teksi untuk menuju ke Kampung Teluk Kenanga yang terletak kira-kira 20 kilometer dari stesen kereta api ini. “Kampung Teluk Kenanga bang,” dia mengambil tempat di sebelah pemandu itu. “Anak ni balik kampung ke,” Tanya pemandu teksi itu. “Ya pak cik,” jawab Aidil sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
Aidil mengarahkan teksi itu berhenti di depan sebuah warung. Akoi dan Man sedang menikmati minum petang di situ. “Man ,tu bukan Aidil ke?” Tanya Akoi sambil mengunyah pisang goreng. Hampir tersembur teh tarik yang diminum Man apabila kelibat Aidil melintasi meja mereka. “Kena bagitau Azman ni,” Man terus menarik kunci motornya.
Pak Ajis menarik pintu surau itu. Beberapa kejadian pecah masuk di kampung itu mengundang penduduknya supaya berhati-hati.
“Siapa tu? Tak pernah nampak pun,” hati Pak Ajis mula di hujani pertanyaan sebaik Aidil melintasi surau itu.
Pak Ajis mengambil keputusan untuk mengekori Aidil.
“Assalamualaikum, Aidil ke ni?” akhirnya Pak Ajis mengambil keputusan untuk bertanya. “Waalaikummussalam,” Aidil melondehkan cermin mata hitamnya.
Kedua-duanya saling berpandangan, cuba mengecam satu sama lain. Bimbang pelanduk dua serupa. “Pak Ajiss…,” Aidil pantas memeluk lelaki tua itu.
“Dah besar panjang dah kau,” Pak Ajis menepuk bahu Aidil.
“Pak Ajis sekeluarga sihat?”
“Alhamdullilah sihat, Ayu pun sihat,” sengaja di tekankan nama Ayu itu.
Pin..Pin..Sebuah proton saga berhenti di sisi jalan. Pak Ajis dan Aidil menoleh ke arahnya.
“Khairil, dah balik kerja,” tegur Pak Mat sebaik anak saudaranya itu keluar dari pintu kereta.
Khairil menghulurkan salaman. “Dah, Pak Ajis,” jawab Khairil.
Aidil menghulurkan tangan untuk bersalaman . Khairil seakan terpaku. Dia memandang tepat ke arah Aidil. Pak Ajis tersenyum melihat situasi itu.
“Aidil?” Tanya Khairil.
“Ya,”. Aidil masih tidak dapat mengecam siapa sebenarnya lelaki itu.
“Masuklah,” pelawa Pak Ajis. Mak Nab masih belum pulang dari gerainya yang kebiasaannya tutup pada pukul 6 petang. “Kejap ea, Pak Ajis nak ke dapur ,” . Suasana kaget antara Khairil dan Aidil. Kedua-duanya tidak tahu untuk memulakan perbualan.
********************************************************
“Ok lah Pak Ajis, saya minta diri dulu,” setelah berbual panjang Aidil memita diri untuk pulang.
Pintu rumah itu di tolak. Bersih. Kesemuanya dalam keadaan teratur. “Ayu yang asyik kemaskan rumah ni,” tiba-tiba Pak Ajis muncul dari belakang. “Eh, oo ye ke,” Aidil terkejut dengan sapaan Pak Ajis. “Pak Ajis nak pergi surau dulu, kalau ada apa-apa pergi je rumah Pak Ajis ea,” pesannya. Aidil mengangguk faham.
************************************************************
Pantai di sini masih tidak berubah. Masih bersih. Bayu laut meniup lembut ke muka Aidil. Menghadirkan ketenangan hingga ke jiwa. Setelah meletakkan begnya Aidil terus menuju ke sini. Tempatnya mencari ketenangan ketika di timpa masalah satu ketika dulu. Aidil merebahkan punggung ke sebuah pondok yang terletak betul-betul di hadapan pantai. Tiba-tiba seorang gadis duduk di sebelahnya. Senyum ke arahnya dan melambai-lambai di depan muka Aidil. Wajah Ayu ceria sekali. Aidil menoleh perlahan-lahan.
“Ayu..berubahnya dia. Cantik,” desis hati Aidil. Senyumannya mampu mencairkan hati mana-mana lelaki.
Ayu mengeluarkan buku kecil dari poket baju kurungnya. Dia menulis sesuatu. Aidil memandang pelik. Ayu menghulurkan buku itu.
-Awak sihat?-
Aidil mengangguk faham. “Sihat, awak?”
Ayu juga mengangguk perlahan. Aidil menjeling gadis di sebelahnya itu. Lesung pipit, gigi yang teratur dan rambut yang lurus seperti seorang model menghiasi tubuh Ayu. Sayangnya, dia tidak di kurniakan suara untuk bercakap.
Tapp..
“Hadoi,” Aidil menggosok-gosok kepalanya. Entah dari mana datang layang-layang menuju tepat ke arahnya.
Ayu menutup mulutnya menahan ketawa. Ajim datang berlari.
“Kak Ayu, ada nampa layang-layang tak,”
Ayu membesarkan mata dan mengetapkan bibir. Tangannya di cekak ke pinggang.
“Apa?” Tanya adik Khairil itu.
Aidil menghulurkan layang-layang itu. Ayu menggerakkan tangannya ,membuat bahasa isyarat.
(Minta maaf cepat, layang-layang tu langgar kepala abang ni.)
Ajim memahami. “Maaf bang,”
Aidil terkejut apabila Ajim dapat menafsir bahasa isyarat Ayu.
“Macam mana adik boleh faham?” Tanya Aidil kepada Ajim.
“Abang Ajim yang ajar. Sayalah tukang translater Kak Ayu..Hehe,” gurau budak itu.
**********************************************************************
(10 tahun lalu)
“Kau kena ikut abang juga,” Fadhli merenung tepat ke dalam mata Aidil.
“Berapa kali aku nak cakap dengan kau. Aku tak nak ikut kau!,” tegas Aidil.
“Kau kena sambung perniagaan keluarga kita,”
“Perniagaan?Haha. Pukul orang tu perniagaan?,”
Konco-konco Fadhli mula tertarik dengan adegan itu.
“Aku pergi sekolah selama ni, sebab aku tak nak jadi macam kau!” Aidil terus berlari keluar meninggalkan abangnya itu.
Aidil memandang arus air itu. Tenang. Persoalan sering muncul di mindanya.
“Kenapa aku tak dapat keluarga macam orang lain? Kenapa!!!!” Aidil meluahkan perasaannya.
“Kenapa?” air matanya mengalir.
Gerimis mula turun. Aidil membiarkan ia menyelimuti tubuhnya. Perasaannya masih belum tenang.
Tiba-tiba Aidil terdengar sesuatu. Dia segera mencapai sebatang kayu sebagai langkah berjaga-jaga. Aidil melangkah sedikit ke depan. Dia meninjau punca bunyi itu. Mata Aidil terbeliak apabila melihat Pak Khamis sedang cuba untuk merogol Ayu. Ayu meronta-ronta sedaya upaya. Cuba melakukan apa sahaja untuk menghalang Pak Khamis.
Tapp..Pak Khamis terus terbaring akibat hentakan kayu panjang itu. Ayu terus menangis. Dia menutup bajunya yang terkoyak.
“Awak tak apa-apa?” Aidil buntu.
Aidil membuka bajunya dan di berikan kepada Ayu. Tiba-tiba ,Pak Khamis tersedar dan melarikan diri.
Tukkk..tukkk..tukk..
“Kau Khamis, macam nak roboh pintu rumah aku kau ketuk,” Pak Ajis membuka kunci pintunya.
“Anak kau…” Pak Khamis termengah-mengah.
“Kenapa dengan Ayu? Kan dia pergi jumpa kau tadi.”
“Aidil..dia nak rogol Ayu,”
Bagai terkena renjatan elektrik apabila Pak Ajis mendengarnya. Dia terus menyarungkan seliparnya. Pak Khamis tersenyum apabila melihat fitnahnya menjadi. Azman dan Akoi yang kebetulan disitu turut bersama .
Aidil lega apabila melihat Pak Ajis sudah ke situ. Pak Ajis terus menuju kearah Ayu. Ayu masih menangis.
“Tangkap dia,” arah Pak Khamis yang baru tiba.
Azman dan Akoi terus memegang bahu Aidil. Aidil terkejut. Mak Nab berlari ke situ dengan kain batik. Ayu mula tidak sedarkan diri. Pak Ajis mengangkat Ayu .
“Pak Ajis, ni macam mana?” Tanya Azman.
Langkah Pak Ajis terhenti. Pak A jis memandang Aidil dengan penuh kecewa.
“Hantar ke balai polis,” Pak Ajis terus membawa Ayu pergi.
Aidil merentap pegangan Azman dan Akoi. Dia terus melarikan diri.
“Hidup ni memang tak adil,” kata hati Aidil. Dia berlari sepantas mungkin.
Fadhli tersenyum apabila melihat Aidil masuk ke dalam bilik dan mengemaskan baju. Abangnya itu terus mengarahkan anak buahnya menghidupkan enjin kereta. Aidil mengambil tempat di belakang. Mercedes itu meluncur laju kearah Kuala Lumpur.
Itulah hari terakhir dia berada di Kampung Teluk Kenanga sepuluh tahun lalu.
*******************************************************************
Khairil menepuk bahu Ayu. Ayu memandang ke belakang.
(Tengah buat apa tu?)
Ayu tersenyum. ( Jahit baju la)
(Untuk Khai?) Khairil ketawa kecil.
Ayu menggelengkan kepalanya. (Untuk Aidil)
Khairil bagai tersentak apabila isyarat tangan Ayu menunjukkan Aidil. Wajahnya berubah.
**********************************************************
“Mula-mula macam ni, barulah layang-layang ni kuat,” Aidil menunjukkan teknik membuat layang-layang yang betul kepada Ajim.
“Oo…, eh akak Ayu,”
Ayu menghidangkan 3 cawan kopi.
(Tengah buat layang-layang ke?)
“Ha’ah, abang Aidil ajar Ajim buat cara betul,”
Aidil tersenyum melihat kecerdikan budak itu membaca bahaasa isyarat Ayu.
Khairil menurunkan cermin tingkap keretanya. Perasaan cemburu membuak-buak di hatinya apabila
melihat Ayu dan Aidil .
************************************************
“Aidil!,” panggil Pak Ajis.
“Ye Pak Ajis,” Aidil menyarungkan bajunya.
“Kamu boleh bawakan Ayu pergi pasar tak? Pak Ajis kena pergi Jabatan Pertanian la hari ni. Khairil pulak sibuk,”
“Boleh,”
Pak Ajis menyerahkan kunci keretanya.
*******************************************************
“ Awak nak beli apa?” Tanya Aidil.
Ayu meninjau ikan-ikan di pasar itu. Tangannya menunjukkan kearah ketam.
“Oh,”
Ayu menunjukkan nombor satu kepada peniaga itu. Peniaga itu memahami permintaan Ayu yang mahukan sekilogram ketam itu.
“12 ringgit cik,”
Aidil pantas mengeluarkan dompetnya.
“Nah,” Dia menghulurkan 2 not RM10.
Ayu memandang Aidil dan menggelengkan kepalanya.
“Ala, nanti awak bagi saya juga kan,”
Ayu tersenyum kecil.
Sudah 3 bulan Aidil di sini. Dia sudah mengambil keputusan untuk bekerja di ladang tebu berdekatan. Dan setiap hari jugalah Ayu membawakan makanan padanya. Hubungan keduanya mula rapat. Setiap petang mereka akan menghabiskan masa bersama dengan Ajim menerbangkan layang-layang.
***********************************************

Khairil termenung. Air wuduknya masih membasahi wajah. Hubungan dia dan Ayu mula regang kerana kehadiran Aidil.
“Ya Allah, aku mencintainya sepenuh hatiku. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan hatinya. Kau panjangkanlah jodohku dengannya. Amin,” air mata Khairil turun perlahan.
*********************************************
“Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam,”. Aidil melipatkan sejadahnya.
“Khairil, silalah masuk,” pelawa Aidil.
“Tak apa, aku nak cakap sikit dengan kau,”
Aidil melangkah keluar dari pintunya dan merapati Khairil.
“Kau tahu. Dulu aku dengan Ayu rapat sangat. Aku ni macam..macam suara Ayu,”
Aidil mengangguk perlahan. Tiba-tiba ,Khairil menoleh kearah Aidil dan memandang tepat matanya.
“Tapi sejak kau ada. Dia dah jauh dengan aku. Ayu yang lama dah hilang!” mata Khairil berkaca-kaca.
Aidil mengeluh kecil.
“Dia sukakan kau. Sejak kau selamatkan dia. Dia kemas rumah kau setiap minggu. Dia sentiasa harap kau akan balik dan kau tak tahu, betapa gembiranya dia bila dia tahu kau dah balik”
Aidil membuang pandangannya. “Dia tak boleh suka aku. Kau jangan risau,”
Khairil pelik. “Aku cuma nak tanya kau. Kau cintakan dia?”
Aidil terdiam. “Tak..” Aidil sedar dia menipu hatinya sendiri.
*************************************************************
Cuaca mendung menghiasi langit pada petang ini. Aidil mengemaskan begnya. Semua pakaian dimasukkan rapi. Dia mengunci rapat pintu rumahnya. Tatkala Aidil berpaling kebelakang, Ayu sudahpun tercegat bersama bekas makanan. Aidil terus berjalan tanpa menghiraukan Ayu. Ayu memintas Aidil. Wajahnya cukup untuk menunjukkan persoalan.
“Bagi tahu Pak Ajis, saya nak balik kl,”
Ayu terkejut mendengar kata Aidil tu. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. Aidil terus berjalan sambil tidak mempedulikan Ayu. Ayu berlari pantas dan berdiri beberapa langkah di depan Aidil.
Ayu menunjukkan jarinya kearah dirinya sendiri. Kemudian dia membuat bentuk hati. Dan akhirnya menunjukkan kearah Aidil.
Aidil menguatkan dirinya. Dia terus menuju ke depan Ayu.
“Maaf, saya tak sukakan awak. Haha. Awak ingat saya akan suka dengan perempuan bisu macam awak ni? ,”
Ayu seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Aidil. Hujan mula membasahi wajahnya.
“Saya boleh cari perempuan yang lebih baik daripada perempuan bisu macam….
Satu tamparan hinggap di pipi Aidil. Ayu berlari pergi dengan penuh kecewa. Aidil cuba menenangkan dirinya.
“Tak apalah Aidil, dia akan lebih bahagia dengan Khairil.” Aidil menarik nafas dalam. Mencari kekuatan untuk melangkah pergi selepas melukakan hati gadis yang dicintainya.
*************************************************
Aidil menghulurkan RM10 kepada pemandu teksi itu. Dia memandang wajah pekan kecil itu. Tak menyangka dia hanya singgah di sini. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya.Aidil seakan dapat mengecam wajah lelaki bertatoo itu. Rico keluar dari pintu kereta Waja . Dia memandang Aidil dengan senyuman sambil melaraskan pistol.
Tummm..
************************************************************
Ayu memandang kearah baju pengantin itu. Esok dia akan di satukan dengan Khairil. Ayu membuang jauh perasaan cintanya. Dia memandang bintang yang bertebaran di langit malam itu. Perasaannya seakan cuba memberitahu yang Aidil dalam kesusahan.
“Assalamualaikum,” Khairil memberi salam.
Ayu mengangguk perlahan.
“Ayu..Khai nak cakap sikit. Pasal Aidil,”
Ayu terus mahu keluar apabila nama Aidil di sebut. Khairil menarik tangan Ayu.
“Dengar dulu apa Khai nak cakap ni”
Ayu mengalah. Dia mengambil tempat di sebelah Khairil.
“Sebelum Aidil pergi, dia ada bercakap dengan Khai. Khai tahu apa yang berlaku antara Ayu dan dia. Sebenarnya dia cintakan Ayu,”
Ayu terkejut. Dia merasakan Khairil cuba untuk menipunya.
“Ayu kena faham. Dulu dia orang kongsi gelap. Dia ada ramai musuh. Dia tak nak sesuatu berlaku pada Ayu. Sebab itulah, dia mahu Ayu kahwin dengan Khai,”
Air mata Ayu mula turun.
“Dia ada dekat hospital sekarang ni. Dah seminggu dia terlantar. Khai tak sanggup tengok dia keseorangan macam tu,”
***********************************************
Aidil membuka matanya. Segalanya nampak kabur. Dia dapat melihat ada orang yang terlena di sebelahnya. Aidil menolak-nolak kepala Ayu. Dia masih tidak dapat melihat siapa sebenarnya orang itu. Ayu terkejut melihat Aidil sudah tersedar. Dia terus memanggil doktor.
*******************************************
Pak Ajis bimbang apabila riak wajah doktor itu nampak tidak ceria apabila membelek kertas laporan kesihatan Aidil.
“Dalam sangat ke peluru tu masuk ,doktor?”
Ayu menunggu jawapan doktor itu dengan bimbang.
“Ini bukan tentang peluru tu,” doctor india itu meletakkan kertas laporan itu di atas mejanya.
“Habis tu?”
“Pesakit ni… ada kanser otak,”
“Apa? Teruk sangat ke?”
Doktor itu menggeleng perlahan.
“Pesakit ni dah tak ada masa. Kanser ini sudah mula mengganggu penglihatannya,”
Pak Ajis mengucap panjang.
“Dia buta doktor?”
“Tak ke sampai tahap buta tapi mata dia akan beransur hilang fungsi. Dia sedang menghidapi rabun teruk. Salah satu simptomnya,”
Ayu menangis. Dia terus mencari Aidil. Tetapi Aidil tiada di biliknya.
******************************************************
Angin laut menerbangkan perasaan Aidil. Dia hanya nampak cahaya kebiruan di depannya. Ayu lega apabila melihat Aidil sedang duduk di kerusi menghadap ke laut. Dia terus menuju ke situ.
Khairil memerhatikan mereka dari jauh. Pak Ajis menuju kearah anak saudaranya itu.
“Kenapa kau sanggup beritahu perkara sebenarnya pada Ayu?,” Tanya Pak Ajis dari belakang.
Khairil merenung dalam. “Sebab saya cintakan dia Pak Ajis,”
Pak Ajis memeluk Khiril. Dia cuba berkongsi perasaan dengan anak saudaranya itu.
“Saya akan bahagia, kalau dapat lihat Ayu bahagia,” luah Khairil lagi dengan tangisan.
Ayu duduk di sebelah Aidil. Aidil memandangnya tetapi tidak dapat melihat dengan jelas.
“Siapa awak?”
Ayu menggenggam tangan Aidil.
“Khairil….” Bisik Aidil. Dia tahu Khairil telah mendedahkan kesemuanya.
Ayu melentokkan kepalanya di bahu Aidil.
“Awak tahu tak, saya balik kat kg kenanga pon sebab saya tahu hidup saya dah tak lama. Tapi siapa sangka, saya dapat jumpa cinta saya sebelum saya pergi,”
Air mata Ayu terus mengalir. Dia memejamkan matanya. Membiarkan bayu angin membawa mereka pergi.
Jika hadirmu satu mimpi, aku sanggup tidur sepanjang hari.

Thursday 24 March 2011

R.I.N.D.U

assalamualaikum (^,^),,hehe

kite bukak entry hari ni, dengan lagu ni..

Rinduuuuuuuuu,,rindUUUuuuu,,serindUUUuuuu,rinduNYyaaaaaaa,
namun kau tak mengertiiiii..ohhoooo..

entah hape lagi sambung die saye tak ingat sangat, actuaally mak saye yang suke bukak lagu2 cm ni, perghhh! kene pulak tak kena time lagi r tak masuk..hehe..

korang mesti pernah rindu kan??

ye r,

rindu kat kekawan,

rindu kat cikgu,

rindu kat mak bapak,

rindu kat abang kakak,

rindu kat bf, gf,

an..an..an?

ye r, of coz r, kita ni sebagai manusia mesti la ade perasaan cinta, dan cinta itu membawa kepada rindu,

rindu itu apa ya?

kalau ayat kasar kita mungkin lihat rindu itu sebagai sebuah perasaan yang membuak mahu melihat si dia??

rind ni pulak ada yang tahap exreme ais kacang!..

pulak dah,mandi tak basah, makan tak kenyang,

ish3,makan tak kenyang tapi lapar juga..pelik2..jom kite survey kata2 peoples di page ''saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia''

Nad Deborah kata rndu yg tiada mkna nya. .humm

korang?! ye, mesti ramai yang setuju, of coz r untuk kes yang baru putus an..

"Buat apa nak rindu dia? dia? tengah bergumbira dengan orang lain,"

ha! mesti ada yang cakap cam ue, ni kes tengah marah nih, but hehe, jangan nak hide bro n sis, hati korang tetap akan ingat die, masa nak tidur tu la ternampak muke die kat syiling, kipas l

ade yang cakap :aq rindu kat ex-awek aq..kmi brcinte dah 4thun dri mse kmi dok kt jepon lgi..aq doh abis duit bnyok doh kt dia..

ermmm,,susah nak comment but bro, ko nilai la sendiri, sebuah 'keikhlasan' tu..

kata Aleya Micha ,RINDU DALAM DIAM.......=(

ya, rindu di hati tak siapa yang tahu,

iziznkan saya sampaikan sebuah puitis,

rindu,
perasaan ku untuk mu,
apa lagi yang tinggal untukku?
selain rasa itu?
mengenang kisah lalu,
tatkala kite senyuman berdua,
tatkala bahagia tercipta,
tapi suratan takdir bukan untuk kite berdua,
rindu hanya pengutus bicara,
di dalam sebuah kotak,
kotak hati,


Layakke dia untuk rindu kita??

Azura Angelina cakap Sangat2 rindu kt arwah mak... :(

hah! cm ni r! ingatlah wahai kekawan, hargailah die sementara masih ada, dia yang menjaga kita, mencuci berak kite, membuai kite, menjaga kite sejak kecil? selalu kite ingat die mcm kite ingat bf gf??

~rindu itu maksiat hati~

kerana rindu sebenarnye milik-Nya dan hanya untuk-Nya

Tuesday 22 March 2011

cinta atau persahabatan

YO! hehe,,eh..eh ,,assalamualaikum,

hah, teman nak cite hari ni pasal tajuk ''Cinta atau Persahabatan'' jeng..jeng..jeng

korang rase? jom kita check out satu kisah dalam cerpen cerita sebuah cinta karya sha ibrahim

ada 4 orang sahabat, 3lelaki dan seorang perempuan, si girl ni name dia ape ek, ok kite bagi lah ,Amira, Amira ni hidup dia dah tak lama, dia ada barah otak, 3orang sahabat die lagi, Sam,Joe, dan Din.

Amira dan Din ni memang saling suka tapi malu nak berbicara, maklumlah kawan rapat, takut kalau sorang tolak t hubungan dieorang makin hambar..

jadi Din ni nak jeoluskan lah Amira, nak test la an, die couple dengan Nadia, seorang girl yang hot.

dia jangkakan Amira ni akan cemburu tapi Amira buat donno je.

masuk pulak bab kawan die yang Sam. Sam ni perlukan duit untuk operation adik dia kat kampung, jadi dia nak race dengan geng gengster la. hadiah dia lumayan. So dia mintaklah Amira tolong serviskan moto die. And Of cozly, Amira tak nak.

''Kau ni memang tak boleh tolong aku ek mira?'' tanya Sam sambil memandang tajam sahabatnya itu.

"Yup! soRRY, aku memang tak boleh tolong kau!" Amira bersuara kuat.

"OK, rupa-rupanya 3tahun kita dah kawan ,kau langsung tak sayang aku,"

"Sebab aku sayang kau la aku tak nak tolong kau. Kau taw tak? kau race dengan geng tu? bahaya!"

"Argh! kau tak payah nak berdalinh" Sam terus beredar pergi.

Jam dah tunjuk kol 12 malam, hati Amira dah tak sedap. Dia pon hidukan enjin moto, melilau satu kl cari Sam.

"Bob, kau taw tak Sam kat mana?" Amira menelefon coordinator race haram satu kl tu.

"Eh, kau tak tahu ke? Sam pergi race dengan geng Akoi, bahaya doe, aku dah warning dia tadi dah, dia tak nak dengar,"

Dup..dap..dup..dap..jantung amira..

Hujan gerimis malam mula melebat. Dari jauh Amira sudah lihat ada sesuatu yang menghentikan perjalanan kereta2 di sisir lebuh raya itu.

"Ya Alah, Sam," amira memangku Sam yang terbaring. Motornya kelihatan berderai.

Sam antara sedar atau tak. Darah membuak perlahan.

"MirA..mira.."

"Ye," air mata amira mula mengalir perlahan.

Sam tersenyum di balik darah yang mengalir.

"Aku silap. Aku tak de..dengar cakap ka..u. "

"Tak Sam, kau kena tahan,"

"Cakap dengan Din ,Amer..aku gembira dapat bersahabat dengan korang,"

Mata Sam perlahan2 tertutup, tangannya terkulai.

Din melepaskan kemarahan pada Mira atas apa yang berlaku.

"Kenapa kau tak nak tolong dia? kan dia suruh kau baiki moto die!" amarah Din .

Amira diam, air matanya masih mengalir. Joe hanya memerhatikan.

Hubungan mereka bertiga mula berantakan. Din dengan Nadianya, dan Joe kerap hilang entah kemana.

Sampailah satu hari, mira jumpa joe dalam bilik dengan dalam keadaan khayal.

"Ya Allah, dugaan apa kau beri padaku," amira terus menuju ke arah Joe.

*********************************

"Mira..mira! kau memang jahat! aku benci kau..aku benci kau!," jerit Joe bila di bawa masuk ke pusat pemulihan itu. Amira menipunya dengan mengatakan mahu membawa dia membeli bekalan.

Selang berapa hari lepas tu Din jumpa Amira.

"Mira, aku nak cakap sikit dengan kau,"

"Ya, ada apa," Amira mengurut2 kepalanya .

"Aku nak sambung study kat Uk dengan Nadia,"

"Apa?" Amira terkejut.

"Kenapa tak tunggu sampai habis study kat sini je?" sambung mira.

andai kau tahu Din, aku nak habiskan saat kita bersama sebelum aku pergi, desis hati mira.

Selang sebulan, Mira jumpa JOe..Joe mengucapkan terima kasih kepadanya, kerana memulihkan diri dia..

"Kau ni kenapa mira? macam ada yang tak kena je," kata joe bila melihat wajah pucat mira.

"Tak ada apalah," cover mira.

"Kau cakap betul2 ni, kau sakit ke? kau da tolong aku, biar lah aku tolong kau,"

Air mata mira mula mengalir perlahan.

"Aku..aku dah tak lama," katanya perlahan.

"Maksud kau?"

"Aku ada Barah otak Joe!,"

"Apa?"

Masanya kian tiba, pesawat air asia sudah siap ssedia berlepas ke UK..

"Sayang, i nak cakap sesuatu ni,"

"Ye," balas Din malas sambil menunggu giliran passport di periksa.

"Kawan u , Amira..dia sakit,"

"Sakit apa? demam tu biasa lah," hati Din risau.

"Dengar i ni! amira tu ada barah otak!"

"HAH?"

Din terus menuju ke arah hospital. Tapi amira sudah terlantar .

"Joe! kenapa kau tak cakap dengan aku?!" air mata Din mengalir.

"Aku memang nak cakap dengan kau, tapi mira tak bagi, dia tak nak kau stop study pasal dia!,"

itulah kisahnya..saya memang tersentuh habis baca cerpen tu..

banyak dia antara kita pernah berhaapan dengan konflik ini..ada yang kawan curi bf, kawan curi gf, sampai gaduh2..ada pula yangg dah berkwan lama sanggup putus sebab ''cinta''..ish2..di page ''saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia'' soalan ini telah di ajukan..

rata2 memilih persahabatan..

kata nur shakiera :persahabatan.. krn sahabat akan ad bsame kte di kala kte ssh dan sng.. sahabat akn stia mndgar masalah dan keluhan aty kte.. bg,, sahabat y sejaty mereka akan sntiasa berada di samping kte n mereka xkn tnglkn kte.. klaw plih cinta,, ble da bosan,, kte akn di tngglkn jke tdak diperlukan.. jd,, sy plih sahabat.. ckuplahh cinta kte kpdNYA..:)

ya, nak tak nak..kalau korang jumpe sahabat sejati, walaupun korang maki die, die tetap ada untuk luahan korang

kata anas pula: hdup couple kne jge ht... Hdup beshbt indah krana shbt sntiasa d ht.... Cnta hnya indah bla bsame tp ble dh bosan gud bye cnta kan....

'cnta btanye pd pshbtan.
"Wat pe ko ada sbb aku dah ada...?""
Peshbtan pun jwb,""aku hdir d saat cnta mengalirkan air mata...""

Btape beharga nye erti sbuah peshbtan dri nlai percintaan........

ya mungkin betul seperti kata2 emelda qaseh :bunyi :: sperti Lucky im in love with my bestfriend...^___^

hoho..sekian tajuk saye ni, mungkin sekarang korang teringat kat sahabat2 yang sentiasa ada di sisi korang saat korang sedih dan happy..

Monday 21 March 2011

menang jadi arang, kalah jadi abu

(AMARAN ! 18SG)

Assalamualaikum, jawab taw, kalau tak dosa t..hehe
Post saye hari ni lebih kepada ilmu, kita mungkin belajar peribahasa, dalam perang, menang jadi arang 
kalah jadi abu, kan..kan ..kan? jom kite tengok ‘’abu’’ yang sebenar.
Belajar sejarah kan korang? Ye, ye, saye tahu, subject tu boring, mane tak boring kalau cikgu dok baca 
bulat2 kat buku teks tu, ni hah interesting punye sejarah..sorry r, sebab saye tahu banyak pengikut2 band 
pop Japanese kan?
Hiroshima dan Nagasaki
Pada 6 ogos 1946, sebijik bom bernama Enola Gay (nape nama dia gay2 nih? Euw!)  milik B-29 American 
meninggalkan pulau Tinian untuk Hiroshima, jepun.
Selang 3 hari lepas tu, Satu lagi American B-29 bernama Bock’s Car, meninggalkan Tinian membawa Fat Man 
,a plutonium implosion-type bomb.

selang
KENAPA HIROSHIMA? KENAPA TAK BAGI KAT TOKYO JE? KAN SENANG!
Kerana..Hiroshima di pilih sebagai target utama sejak ia secara kasar tak di sentuh oleh bom2, dan kesan 
bom itu dapat di ukur dengan jelas, Penasihat2 President Truman percaya dengan mengebom kawasan 
urban akan mematahkan semangat orang2 jepun!  Hiroshima merupakan kawasan pelabuhan utama dan 
ketenteraan.
Point saya sebenarnya bukan nak cecite pasal kisah bom ni tapi kisah di sebaliknya..
Pengeboman itu meragut hampir 250 000! Nyawa! Mungkin lebih besar dari korban tsunami aceh. Untuk 
pengetahuan korang ,gambar2 kat sini semuanya adalah di rahsiakan, di percayai AS menghalang sebarang 
gambar dari menunjukkan kesan sebenar akibat pengeboman itu.

                                                  semua jam berhenti pada pukul 8.15 pagi, masa letupan
                                                             hambik, mang tak boleh lari ke mana la jawabnye
                                                          ni lah kesannya, dasyat2..
                                                  kesan radiasi yang masih hingga hari ni
                      doktor bagi suntikan vitamin A kat dieorg, tapi makin teruk! daging mereka makin membusuk   akibat lubang suntikan tu, dan setiap kes ,SEMUANYA MATI.


                                       bukan dalam movie taw!
                                   dah macam hape dah jadi..


                                         ni lah jadi kalau manusia ''terlalu pandai''


hah! ha sekarang baru korang tahu ''abu yang sebenar nya kan''..perang ni memang bawak keburukan, lagi2
dengan teknologi yang makin canggih dek kebijaksanaan dan kebijaksinian manusia.






yang adik2 sekolah tu boleh la dapat ilham untuk penulisan kan? yang kita semua ni, amik pengajaran, kita rakyat malaysia sememangnya harus dan hukumnya wajib memelihara keamanan bumi tercinta ini..

ya, ini memang kisah kita, kerana kita umat manusia..

Sunday 20 March 2011

Kecik Comel Kecik: 
cintai la dia sepertimanaapa yg telah kau buat pada ku,
hargai la dia seperti mana kau menghormati diri ku,
selama kita bersama dahulu.
.kecewa dgn sikap ku..
ku sayang kamu..
itu adalah luahan kata salah seorang yang mengoment di page ''SAYA RELA UNDUR DIRI UNTUK LIHAT DIA 
BAHAGIA''http://www.facebook.com/pages/Saya-rela-undur-diri-untuk-lihat-dia-bahagia/102171053196524   , sekali pandang 
or baca kita mungkin tak faham an (apa? faham? tak! buat2 tak faham gak, hehe) ,,kekadang korang perasan tak?? kita 
selalu lihat apa yang orang buat kat kite, tapi kite tak pulak tengok apa yang kite buat kat orang, 
ala2 cakap ''sok suci la ko'', ya! lesson die, kita mungkin nampak yang orang tu buat itu buat ini kat kite..BENCINYE!! then 
kite tengok balik, adakah apa yang kita benci kat orang tu ada pada kita? muhasabah diri bro n sis, kita punyalah cakap 
''minah tu berlagak bagus la'' , ''dia tu selfish betol!'', ''Ish, gedixnya!'', tanpa kite sedar perkataan itu terpantul kat kite balik
sajak di atas ialah bagaimana seseorang menyesal akibat mempermainkan cinta sempurna bekas kekasihnya..korang rase? cecite..cecite

salam pembuka bicara

assalamualaikum, hehe, wooo, first tulisan nih! (^,^) ,,tak nak ckap banyak lah, just nak cite, blog ni adalah blog kisah semua, saya akan memuatkannya, dan moga kita mengambil pengajara ,hikmah atau apa pon , terus juga klik di page fb saya, ''SAYA RELA UNDUR DIRI UNTUK LIHAT DIA BAHAGIA''